Ruj. Kami : SKH 07/06/(2)KANTIN LAMPIRAN A
Tarikh : 27 Julai 2009
KENYATAAN SEBUTHARGA KANTIN SEKOLAH
SJK ( C ) KWONG HON, SG.BESI ,57000 KUALA LUMPUR
UNTUK TEMPOH 01 JANUARI 2010 HINGGA 30 NOVEMBER 2011.
1. Tawaran ini adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berpengalaman dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia untuk mengurus dan menjalankan perniagaan kantin di SJK ( C ) Kwong Hon Kuala Lumpur bagi tempoh dua puluh tiga (23) bulan mulai 01 Januari 2010 hingga 30 November 2011
2. Borang-borang mengenai sebutharga tersebut boleh didapati di Pejabat Sekolah. Borang sebutharga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditulis ‘SEBUTHARGA KANTIN SEKOLAH’ di bahagian atas sudut kiri. Permohonan hendaklah sampai ke pejabat sekolah tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada atau sebelum 01 September 2009 (Selasa).
3. Permohonan yang tidak lengkap, tidak mematuhi syarat dan lewat tidak akan dipertimbangkan.
4. Setiap set borang sebutharga yang dihantar hendaklah disertakan bersama perkara-perkara berikut:
i. Wang pertaruhan sebanyak RM1000.00.(Ringgit Malaysia: Satu ribu sahaja) dalam bentuk Kiriman Wang Pos / Draf Bank / Banker s Cheque atas nama GURU BESAR SJK ( C ) KWONG HON. Wang pertaruhan ini akan dikembalikan selepas proses pemilihan sebut harga. Tender yang berjaya dipilih dikehendaki menyediakan deposit dalam bentuk Draf Bank. Deposit ini akan dikembalikan setelah tamat perjanjian dengan menolak kos-kos kerosakan dan semua bil terakhir.
ii. Salinan fotostat Sijil Akuan Pendaftaran Kewangan (yang telah disahkan) dari Kementerian Kewangan Malaysia .
iii. Salinan fotostat Sijil Kursus Pengendalian Makanan yang sah laku dan Gambar pemohon.
5. Pihak Jawatankuasa Sebutharga tidak terikat untuk menerima sebut harga yang tertinggi atau sebaliknya. Jawatankuasa Sebutharga berhak menolak mana-mana sebut harga dengan tidak memberikan sebarang sebab dan keputusan Jawatankuasa Sebutharga adalah muktamad.
6. Jumlah anggaran murid dan guru pada tahun 2010 adalah seperti berikut:
Jumlah Murid :1120 orang.
Jumlah Guru & B/Guru : 58 orang.
7. Permohonan yang berjaya dipilih akan menerima surat tawaran daripada Guru Besar untuk hadir menandatangani Surat Perjanjian Kantin dalam masa seminggu (7hari) dari tarikh surat dikeluarkan dan dianggap menolak tawaran ini jika tidak hadir dalam tempoh berkenaan. Segala perbelanjaan perjanjian tersebut ditanggung oleh pemohon itu sendiri.
8. Pemohon yang berjaya hendaklah:
i. Menandatangani surat perjanjian dengan pihak sekolah serta perlu mematuhi segala syarat serta peraturan yang terkandung dalam Buku Garis Panduan Kantin Sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia serta apa-apa jua peraturan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak yang berkuasa dari masa ke semasa.
ii.Menjalani pemeriksaan kesihatan bersama-sama dengan kakitangan pembantu kantin.
iii.Mendapatkan lesen perniagaan dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
iv. Membayar:
a. Wang pertaruhan : 2 bulan sewa
b. Wang Cagaran Letrik dan Air : 2 bulan penggunaan
Wang ini akan dikembalikan setelah tamat tempoh perjanjian dan telah menjelaskan semua bil-bil terakhir.
v. Sewaan kantin perlu dibayar mengikut bulan dan dibahagi mengikut minggu di mana pengusaha kantin perlu menyerahkan sewa kantin kepada Guru Besar tanpa bertangguh mengikut arahan Pekeliling Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan.
vi. Diwajibkan mengurus dan menjalankan perniagaan kantin tersebut dengan sendiri dan tidak dibenarkan bertukar tangan kepada orang lain. Sekiranya pemohon engkar kepada syarat tersebut, pihak sekolah berkuasa menamatkan perjanjian dan perniagaan kantin dengan memberi sebulan notis tanpa membayar sebagai gantirugi kepada pihak pengusaha.
Sekian dimaklumkan.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,

……………………………………
(YEAP SENG HENG)
Guru Besar,
SJK ( C ) Kwong Hon
Kuala Lumpur.
s.k 1. Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Wilayah Pelajaran
Persiaran Duta off Jln. Duta, K.L.
( U.P.: Unit Hal Ehwal Murid )
2. PPD Bangsar / Pudu
(Penyelia HEM)
-----------------------------------------------------
Ruj. Kami : SKH 07/06/(1)KANTIN
Tarikh : 27 Julai 2009
Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Menengah dan Rendah,
Wilayah Persekutuan,
Kuala Lumpur.
Y.Bhg. Datin/Tuan/Puan,
KENYATAAN SEBUTHARGA KANTIN
SJK ( C ) KWONG HON, SG.BESI, 57000 KUALA LUMPUR
UNTUK TEMPOH 01 JANUARI 2010 HINGGA 30 NOVEMBER 2011..
Bersama ini disertakan satu salinan perkara tersebut di atas dan sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat mempamerkan notis sebutharga kantin ini di papan kenyataan sekolah Y.Bhg.Datin/tuan/puan.
2. Kerjasama pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,

…………………………………
(YEAP SENG HENG)
Guru Besar,
SJK ( C ) Kwong Hon
Kuala Lumpur.
s.k 1. Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Wilayah Pelajaran
Persiaran Duta off Jln. Duta, K.L.
( U.P.: Unit Hal Ehwal Murid )
2. PPD Bangsar / Pudu
(Penyelia HEM)